Tahniah kepada Nabila Huda dan juga Izwan yang sudah sah bergelar suami isteri semalam. Pada hari ini telah berlangsung majlis persandingan pihak lelaki yang diadakan di Shah Alam dan dihadiri oleh rakan-rakan mereka.
BACA: Nabila Huda Sah Bergelar Isteri Kepada Mohd Izwan
Pada majlis pernikahan semalam (25 Disember), pihak pengantin perempuan telah menerima mas kahwin berjumlah RM 300 manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan selain 5 dulang hantaran berbalas 7 daripada pihak lelaki.
Apa yang menarik, menurut mStar Online, Nabila mengambil masa enam bulan untuk memikat Izwan kerana jatuh hati terhadap sikapnya yang berbeza dengan lelaki lain serta bersederhana.
Semoga mahligai yang dibina pasangan ini akan terus kekal bahagia dan dilimpahkan rezeki melimpah ruah. Kami kongsikan bersama anda gambar sepanjang majlis berlangsung. Enjoice! (rtky/s)