Baru-baru ini, ketika orang ramai dilanda demam Gegar Vaganza, Fizo Omar telah menyatakan rasa kurang senangnya dengan rancangan tersebut di laman Twitter namun perkara yang diluahkannya itu memakan dirinya kembali.
Bagaimanapun melalui akaun Instagramnya tidak lama selepas kenyataan tersebut dikeluarkan, Fizo meminta maaf dengan perkara tersebut selain mengucapkan tahniah kepada pemenang pertandingan tersebut.
“Dengan rendah diri saya memohon kemafaan di atas kekhilafan ini,” jelasnya. Akibat daripada perkara tersebut, boleh tahan juga pelakon ini diserang kritikan di laman sosial tersebut. Mungkin juga tahun depan Fizo mahu menaja mana-mana pertandingan realiti televisyen, mungkin?