RAYONG - THAILAND. #Seorang anggota polis yang dituduh merogol bertindak menembak mati dua pegawai atasan sebelum ditembak mati anggota polis lain, kelmarin.
Menurut Bangkok Post, suspek Shinkrit #Phutthipraphas dibawa ke balai polis Pluak Daeng untuk bertemu dengan pegawai, Somchai Soonthornwanich pada jam 3.15 petang hari kejadian.
Phutthipraphas kemudian #mengeluarkan sepucuk pistol 9mm dan menembak Soonthornwanich dan seorang lagi pegawai, Banyat Somha.
Soonthornwanich yang #ditembak di leher maut serta-merta manakala Somha ditembak dua kali di kepala dan maut di hospital Rayong.
Phutthipraphas #kemudian cuba melarikan diri menggunakan sebuah trak pikap #sebelum ditembak mati oleh seorang anggota polis.
Pegawai kanan, Surapol Wiratyosin berkata Phutthipraphas mungkin berada dalam #keadaan tertekan kerana berdepan dengan hukuman disiplin yang berat.
Phutthipraphas #sebelum ini dituduh merogol seorang wanita berbangsa Laos di sebuah lokap dan Soonthornwanich menubuhkan satu pasukan untuk menyiasat kejadian tersebut.[SH]