Ramai bangsa-bangsa melayu Islam sekarang ini menyebut perkataaan Oh My God (OMG) terutamanya dikalangan pemuda dan pemudi. Di status facebook, mereka banyak menggunakan perkataan ini. Maka timbullah perbalahan soal isu ini. Ada yang kata HARAM ada yang kata SYIRIK..
Sebenarnya perkara ini sudah lama dijawab oleh ulama-ulama sejak tahun 80-an lagi.
Salahkan Seseorang Muslim Itu Menyebut Oh My God?
Seorang muslim dituntut mengingati Allah SWT sepanjang masa. Dalam sepotong ayat, Allah berfirman;
Tidakkah dengan mengingati aku hati menjadi tenang.
Tidakkah dengan mengingati aku hati menjadi tenang.
Menurut Ustaz Azhar Idrus dalam takzkirahnya, masalah Oh My God tidak menjadi kesalahan. Kita kalau orang Islam kata Oh My God, sama sahaja maknanya Ya Allah Ya Tuhanku. Melainkan maksud Oh My God ialah Jesus Christ. Barulah syirik ketika itu.
Jadi maksudnya Oh My God (Ya Allah) salah tak? Tak salah asalkan niat kita hanya Allah tuhan yang satu. Cuma kalau niat kita nak nampak hebat menyerupai orang kafir.. itu tak boleh! Kerana itu menyerupai sesuatu kaum.
Orang kafir kan Oh My God bila tengok kereta hilang. Kita pun Oh My God, nampak kelas sikit sebab belajar kat California. Jadi, jangan lah gitu.
Yang terbaik, yang tidak ada pertikaian. ialah Ya Allah. Itu yang terbaik! Justeru untuk hidup tenang, seeloknya basahkanlah lidah dengan selalu menyebut kalimah Allah.
