Astaghfirullah.....Ini rupanya je punca kebakaran di LRT Taman Jaya???

PETALING JAYA – #Gara-gara cemburu, seorang lelaki bertindak gila apabila membakar kereta yang dinaiki isterinya bersama seorang lelaki lain di tempat letak kereta berhampiran stesen transit aliran ringan (LRT) Taman Jaya di sini semalam.

Perbuatan suspek #berusia 30-an itu yang kini dalam proses #perceraian dengan isterinya turut menyebabkan lima buah kereta lain diparkir di situ musnah dijilat api.

Kejadian sekitar pukul 1.30 petang itu #menggemparkan pengguna jalan raya dan pengguna LRT yang terkejut melihat api marak sehingga setinggi lebih dua meter disertai dengan asap hitam tebal.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, suspek berketurunan Melayu itu dilihat membawa sebuah botol berisi petrol yang #telah dinyalakan sebelum meluru ke arah kereta Proton Wira milik rakan isterinya.

“Suspek kemudian membaling botol #tersebut melalui pintu tempat duduk belakang yang ketika itu terbuka kerana pemilik kereta berkenaan sedang mengemaskan kereta.

“Isteri suspek yang ketika itu #duduk di bahagian depan dan rakannya bagaimanapun sempat melarikan diri sebelum api merebak dan membakar lima buah kereta lain,” katanya ketika #dihubungi Kosmo! semalam.


Postingan terkait: